72252

"Saya Tidak Pernah Dikecam Seteruk Ini" – Siti Nordiana - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi popular Siti Nordiana atau Nana yang kini merupakan seorang pengacara untuk program Gema Gegarvaganza (GGV) mengakui telah dikecam teruk oleh penonton rancangan itu.

Nana yang bergandingan bersama dua orang lagi pelawak iaitu Achey dan Fikry sering mendapat kecaman hebat setiap kali mereka bersiaran di atas pentas.

Rata-rata netizen mengkritik cara mereka mengendalikan program itu yang dikatakan kurang sesuai dengan konsep program yang menjurus kepada genre nasyid dan ketuhanan itu.

_20170506_192752

Nana sewaktu ditemui di Pra Kemuncak ABPBH berkata, di permulaan rancangan itu, Nana agak terkejut dengan kecaman hebat yang diterima.

“Nana tak pernah terima kecaman seteruk ini. Baru sekarang Nana faham apa yang Nabil dan Jihan rasa sewaktu mereka mengendalikan Gegarvaganza sebelum ini ” luahnya.

Katanya lagi bermula dari minggu kedua, Nana sudah berhenti membaca komen-komen dari netizen supaya fokusnya tidak terganggu sewaktu mengacara.

“Lantaklah… Nana dah tak kuasa nak layan” keluhnya.

_20170506_192803

Dalam perkembangan lain, Nana bersyukur apabila tercalon untuk ABPBH pada tahun ini dalam kategori Penyanyi Wanita Popular serta Gandingan Serasi Drama bersama Aliff Satar.

Semenjak menyertai Gegarvaganza 2, nama Nana terus naik mendadak dan boleh dikatakan beliau kini sedang berada di puncak populariti.

Jika dulu nama Nana sepi dari pentas anugerah, tetapi kini setiap kali ada sebarang anugerah yang melibatkan dirinya, Nana pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.

“Alhamdulillah syukur sangat-sangat, segala perit jerih Nana sejak dari dulu akhirnya berbaloi.”

_20170506_192935

Nana yang kini sedang popular dengan lagu Terus Mencintai bakal muncul dengan sebuah telemovie bergandingan dengan Izzue Islam tidak lama lagi.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!