72877

Selepas Izara Aishah dan Fazura, Kini Giliran Indah Ruhaila Pula - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-12-26-at-12-11-58-pm

Nampaknya tahun ini ramai juga artis yang melangsungkan perkahwinan ya. Selepas beberapa nama popular seperti Izara Aishah dan Fazura, kini Indah Ruhaila pula.

Kami di Suria yakin pasti ramai yang dah lihat gambar-gambar pernikahan penyanyi Indah Ruhaila di media sosial hujung minggu lalu.

Menurut laporan Mstar Online, penyanyi Indah Ruhaila kini sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya Ahmad Shariff Ahmad Taufik dengan sekali lafaz pada pagi Ahad.

Ahmad Shariff dan Indah, disatukan sebagai suami-isteri kira-kira pukul 9.30 pagi dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Bizmillah Wedding Center, di Subang Jaya.

Hanya keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan mempelai dijemput menghadiri ke majlis tersebut.

whatsapp-image-2017-12-26-at-12-10-06-pm

Menerusi InstaStory di Instagram milik pereka fesyen, Seth & Luna yang memuat naik video pernikahan pasangan itu turut memperlihatkan Ahmad Shariff menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 kepada Indah.

Dalam pada itu, pasangan pengantin itu juga sempat mengadakan majlis kenduri pada sebelah malam di lokasi sama.

Sementara itu, Indah dalam satu kenyataan kepada media berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang selama ini mendoakan kebahagiaannya.

“Alhamdulillah, Shariff lelaki terbaik yang hadir dalam hidup saya. Terima kasih kepada semua pihak termasuk peminat yang mendoakan saya.

“Saya dan suami ada merancang untuk berbulan madu selepas ini tetapi masih tidak tahu destinasi pilihan. Doakan kebahagian dan kesejahteraan kehidupan kami suami isteri,” katanya.

Indah turut memohon maaf kepada semua pihak termasuk pihak media kerana mengadakan majlis pernikahan dan persandingan secara tertutup.

“Saya perlu menghormati permintaan kedua kedua-dua pihak. Tiada niat untuk menyembunyikan apa-apa. Saya harap semua memahami keputusan ini. Terima kasih kerana terus menyokong karier saya,” katanya.

whatsapp-image-2017-12-26-at-12-10-06-pm-1

Indah sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan lelaki dikenali sebagai R selama empat tahun namun ikatan itu putus pada April lalu.

Suria mengucapkan tahniah kepada Indah dan suami serta kami doakan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

gambar : Instagram Sethandluna_studio

sumber : Mstar Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!