72697

Selepas kantoi dengan Mona, Shahir Mahu Sunting Erra? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama Shahir Zawawi tiba-tiba menjadi panas gara-gara seorang wanita yang dikenali sebagai Mona Syamimi telah memuatnaik gambar serta status dirinya bersama Shahir.

Dalam gambar yang dimuatnaik Mona yang juga seorang pramugari itu, dia telah menulis “Thanks for being my up and down story teller” sekaligus mencetus 1001 pertanyaan sama ada mereka mempunyai hubungan istimewa.

screen-shot-2017-10-19-at-10-56-14-am

Bukan satu gambar, tapi ada beberapa lagi foto mesra mereka yang dimuatnaik oleh Mona di laman sosialnya.

image_1image_3image_4

Rasanya satu Malaysia sudah tahu bahawa Shahir kini sedang dikatakan menjalin hubungan istimewa dengan Erra Fazira. Namun mereka tidak pernah mengesahkan hubungan mereka secara rasmi.

Terbaru Shahir dikatakan sudah bersedia untuk menyunting primadona itu sebagai suri hidupnya pada awal tahun hadapan.

screen-shot-2017-10-19-at-11-06-31-am

“Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati. Tiada wanita lain selain dirinya. Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan”, jelasnya.

Ada sesetangah individu yang beranggapan bahawa Shahir mengeluarkan kenyataan ingin menyunting Erra kerana sudah terkantoi dengan kontroversi ini. Namun Shahir ada sebabnya yang tersendiri.

“Kenyataan ini dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yang melanda sekarang.

“Saya perlu memberikan justifikasi kepada perhubungan kami. Harapan saya, tiada orang lain yang akan mengganggu-gugat hubungan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Shahir juga menunggu kenyataan daripada Mona bagi membersihkan namanya kerana menggambarkan dirinya cuba berlaku curang dan mempermainkan perasaan Erra.

“Nampak ada percanggahan kenyataan antara saya dengan Mona. Saya diberitahu, wujud salah faham terhadap kenyataan yang diberikannya.

“Mona berjanji akan memberikan kenyataan baharu, sekali gus membersihkan nama saya. Saya kini hanya menunggu dan lihat,” katanya.

SURIA doakan semoga hubungan di antara Shahir dan Erra baik-baik sahaja dan semoga kebenaran menyebelahi pihak yang benar. Kepada Erra banyakkan bersabar.

 

Sumber : BH Online, RotiKaya, Mstar, MyArtis.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!