72542

Serangan di Barcelona, Sepanyol Menggemparkan Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

barcelona-attack-1

Jika anda mengikuti berita antarabangsa pasti sudah mendengar khabar yang menyedihkan ini. Sekali lagi bumi Eropah digemparkan dengan berita serangan pengganas, dan kali ini kota Barcelona di Sepanyol menjadi lokasi berdarah.

Menurut akhbar mstar Online sebuah van putih melanggar orang ramai pada petang Khamis di Las Ramblas, Barcelona. Polis Barcelona mengesahkan insiden itu merupakan serangan pengganas.

Setakat ini 13 orang maut dan lebih 100 orang cedera. Kumpulan Militan Daesh mendakwa bertanggungjawab ke atas insiden terbabit.

Kumpulan tersebut kerap mengisytiharkan bahawa mereka terlibat dalam perlbagai insiden keganasan sejak beberapa tahun lalu, namun pakar memberi amaran bahawa dakwaan tersebut perlu diambil dengan berjaga-jaga.

Dua suspek ditahan dan polis berkata, pemandu van berkenaan masih bebas. Bagaimanapun, polis telah menembak mati suspek ketiga yang memandu ke arah pegawai polis di satu kawasan.

Namun, pihak polis masih belum mengenalpasti sama ada suspek yang ditembak itu terlibat dalam serangan di Las Ramblas.

barcelonanintchdbpict000346358295

Seorang daripada suspek yang ditahan bernama Driss Oukabir. Dia disyaki menyewa van berkenaan, tetapi menafikan bahawa terlibat dan melaporkan dokumennya telah dicuri.

Serangan yang berlaku pada waktu tengah hari di bahagian utara bandar Sepanyol itu merupakan kawasan panas sejak 2004 apabila pengebom yang diinspirasikan daripada al-Qaeda membunuh 192 orang dalam satu serangan terancang di kereta api Madrid.

Laporan oleh stesen siaran milik negeri, RTVE melaporkan bahawa pegawai penyiasat membuat andaian terdapat dua van yang digunakan – satu untuk serangan dan satu lagi untuk melarikan diri.
Las Ramblas merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong yang dibarisi dengan pelbagai kedai dan gerai jualan.

(gambar ihsan deadline.com dan The Telegraph)

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!