
/wp-content/uploads/2018/02/Screen-Shot-2017-11-27-at-10.12.56-AM.png)
Semalam satu Malaysia terkejut apabila penynyi, Elyana mengumumkan bahawa dirinya adalah penghidap penyakit kanser tahap 4 sewaktu memberi ucapan sempena dengan penyingkirannya dalam Gegarvanza 4.
Ramai yang bagaikan tidak percaya dengan pendedahan Elyana sehinggakan penonton seakan tersentak apabila mendengar khabar sedih itu.
https://www.instagram.com/p/Bb-sTPugUdq/?hl=en&tagged=elyana
Elyana yang ditemui pada sidang media sejurus selepas konsert tamat berkata, sebenarnya sudah 7 tahun dia menderita penyakit kanser limfoma.
“Saya seorang yang tidak suka kongsi benda yang tak best dengan semua orang. Tetapi ada satu tahap yang kadang-kadang saya rasa tak tahan sangat.
Paling saya takut sekali tidur malam. Kalau orang perasan saya susah nak tidur malam sebab saya takut saya tak bangun esok pagi. Setiap hari saya menghargai momen-momen saya.
https://www.instagram.com/p/Bb-I0dZleSn/?hl=en&taken-by=wartawan_kampung
Kali terakhir saya melakukan terapi kimo pada bulan puasa yang lalu, lepas tu saya berhenti sebab rambut saya sudah mula gugur, saya jadi takut dan tertekan. Setiap kali terapi kimo saya akan jadi tertekan.
Jadi saya berhenti dan keluar untuk berjumpa dengan orang dan menggembirakan diri, dekatkan diri dengan orang-orang yang sayangkan saya. Itu sahaja yang membuat saya kuat. Kimo mungkin boleh menyembuhkan sakit kanser, tetapi bukan untuk saya.
Waktu pertama kali doktor beritahu saya awak menghidap kanser tahap dua pada tujuh tahun lalu. Sewaktu itu anak saya kecil lagi. Saya baru nak melalui fasa bahagia menjadi seorang ibu. Tetapi saya tidak menangis langsung sebab saya rasa ini bahagian hidup saya jadi saya terima sahaja.
Tetapi tipu lah kalau saya cakap saya tidak pernah rasa kecewa. Lagi-lagi saya seorang perempuan, kena kelihatan cantik, nak menyanyi lagi dan cari duit, jadi saya kena kuat barulah saya dapat apa yang saya nak”, jelasnya.
Tambah Elyana lagi dia sudah melakukan pelbagai cara rawatan untuk menyembuhkan penyakitnya. Malah Elyana juga pernah cuba mendapatkan rawatan di luar negara. Namun dia tidak boleh sering membuat rawatan kerana kos rawatan yang agak tinggi.
“Saya pergi, tak pernah tak pergi. Tetapi kalau pergi duit pun habis, jadi saya rehat sekejap. Bila dah ada modal balik, pergi lagi. Saya dah cuba, tetapi masih lagi sama, jadi saya percaya Allah sahaja yang boleh mengubati penyakit saya.
Sewaktu tahap kedua, saya berhenti terapi kimo, tetapi doktor marah. Doktor hanya bagi saya masa setahun sahaja untuk hidup. Masa tu saya dah macam kecewa tetapi saya tak tunjukkan perasaan saya pada suami sebab saya tak suka tunjukkan benda yang tak best dekat orang.
Jadi saya cabar diri saya, aku boleh baik tanpa terapi kimo. Jadi saya cuba semua suplemen atau makanan tambahan. Alhamdulillah Allah masih beri saya tenaga sampai hari ini.
Kata Elyana lagi, satu-satunya ubat untuk menguatkan tubuh pesakit kanser adalah dengan menjadi positif.
“Sebab itu saya tak pernah fikir saya sakit walaupun saya sebenarnya sakit. Kalau saya jumpa orang sakit pun kadang-kadang saya lupa yang saya pun sebenarnya sakit seperti mereka. Saya nak berjuang untuk puihkan diri saya untuk saya membantu orang lain”, luahnya.
Ditanya kenapa dia menunggu untuk berkongsi tentang penyakitnya sewaktu penyingkirannya di pentas Gegarvaganza, kata Elyana gegarvaganza adalah rancangan yang ditonton oleh ramai orang. Jadi inilah tempat yang sesuai untuk dia mengumumkan tentang derita yang dialaminya.
Sepanjang menemubual Elyana, dia begitu ceria malah sempat membuat jenaka untuk untuk mencuit hati pihak media. Namun air matanya tumpah pabila berbicara tentang kerjaya.
“Saya menyertai Gegarvaganza kerana peminat. Mereka yang asyik bertanya bila saya nak masuk. Jadi saya masuk kerana mereka. Saya nak satu video visual saya menyanyi di pentas yang cantik. Dah lama sangat, kali terakhir Anugerah Juara Lagu. Jadi saya teringin sangat dan Alhamdulillah tercapai”, jelasnya sambil menahan sebak.
Elyana berkata dia tetap akan meneruskan kerjaya nyanyian seperti biasa kerana melihat peminat yang menyokongnya adalah satu ubat serta terapi buat dirinya untuk terus bersemangat meneruskan hidup.
https://www.instagram.com/p/Bb-KaWyjTvv/?hl=en&tagged=elyana
SURIA percaya seluruh rakyat Malaysia termasuklah peminat Elyana di Singapura, Brunei dan juga Indonesia akan mendoakan kesembuhan penyakit Elyana kerana mereka semua sayangkan Elyana. Semoga ELyana terus kuat.