72701

Shahir Tarik Diri Dari AF Megastar - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama selebriti paling panas ketika ini, siapa lagi kalau bukan Shahir yang terpalit dengan gosip liar telah membuat keputusan untuk menarik diri dari bertanding di peringkat akhir AF Megastar.

Shahir mengumumkan keputusan untuk menarik diri dari AF Megastar di akaun Instagram miliknya beberapa jam yang lalu.

screen-shot-2017-10-19-at-10-17-47-pm

Kata Shahir, ramai yang tidak senang melihat rezeki yang Allah berikan kepadanya sehingga ada cubaan untuk sabotaj dirinya.

Shahir telah terpalit dengan kontroversi apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Mona Syamimi telah memuatnaik foto-foto mesra mereka bersama sehingga menimbulkan spekulasi tentang hubungan istimewa antara mereka.

Netizen terutamanya peminat Shahir membanjiri ruangan komen Instagram Shahir dan menasihatinya agar tidak mudah berputus asa dan tidak menarik diri dari AF Megastar.

screen-shot-2017-10-19-at-10-26-11-pm

Ada juga yang beranggapan bahawa Shahir mudah tewas dengan ujian dan cepat mengalah seolah-olah mengiakan apa yang sedang berlaku di antara dirinya dan Mona.

screen-shot-2017-10-19-at-10-25-31-pm

Apa-apa pun, SURIA doakan yang terbaik buat Shahir dan harap-harap Shahir tak menghilangkan diri dari industri seperti sebelum ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!