72353

Shukri Yahaya VS Gadis WeChat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon popular yang terkenal dengan imej bersih, Shukri Yahaya telah terpalit dengan kontroversi kurang enak apabila beliau didakwa menghantar mesej lucah kepada seorang peminat wanita.

Wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle itu mendakwa ada berbalas mesej dengan pelakon 7 Hari Mencintaimu itu melalui aplikasi ‘We chat’.

Sarah Danielle
Sarah Danielle

Wanita itu turut mengatakan bahawa dia mengenali Shukri sewaktu pelakon itu berkunjung ke Kuala Kangsar beberapa bulan lalu.

Sarah yang kini mempunyai lebih dari 20 ribu pengikut di Instagram berkata, dia mengambil keputusan untuk mendedahkan mesej-mesej berkenaan kerana berang dengan tindakan Shukri yang meminta gambar bogel darinya.

screen-shot-2017-06-09-at-12-09-38-pmscreen-shot-2017-06-09-at-12-10-42-pmscreen-shot-2017-06-09-at-12-11-21-pm

Bukan itu sahaja, Sarah turut menunjukkan bukti berupa panggilan video antara dirinya bersama Shukri.

screen-shot-2017-06-09-at-12-12-38-pm

Shukri sewaktu dihubungi wartawan berkata, ini adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan dirinya.

Kata Shukri lagi, mengapa isu ini mahu dibangkitkan sewaktu drama lakonannya, Andainya Takdir sedang ditayangkan.

screen-shot-2017-06-13-at-11-30-45-am

“Walaubagaimanapun saya bersyukur kerana isteri, Tya Adnan tidak mudah melatah dan percaya suaminya tidak sama sekali akan melakukan perkara sedemikian.

screen-shot-2017-06-13-at-11-37-38-am

Lagipun kalau betul saya membuat onar, mengapa saya perlu meninggalkan bukti? Baik saya terus buat saja”, jelasnya.

Shukri walaubagaimanapun enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan perkara ini. Katanya beliau hanya akan mengambil tindakan sekiranya isu ini berlarutan.

Perkara ini telah menjadi sensasi hangat di media sosial.
Rata-rata netizen menghentam Sarah yang dilihat cuba meraih publisiti murahan.

Namun ada juga yang menyokong tindakannya itu selepas menganalisa bukti-bukti yang dikemukakannya.

c1-671x839

“Saya tiada apa-apa niat buruk selain dari mahu menghentikan gangguannya. Sejak berita ini heboh, dia padam akaun WeChat peribadinya dan profil Instagram pun dia tukar.

Kenapa dia nak takut kalau tidak bersalah? Malah Instagram saya juga disekat dari akaunnya”, ujarnya.

Sumber : BH Online , Mstar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!