86053

Siapa Cuba Perdajal Zul Ariffin? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hujung minggu lalu kecoh di media sosial apabila pelakon popular yang kacak lagi sado iaitu Zul Ariffin dikatakan telah memuaynaik gambar kemaluan di Instastory.

Disebabkan foto itu, ramai netizen terutamanya wanita menjadi tidak keruan dik gambar panas yang tular itu.

tuu-diaaa-revised

Zul walau bagaimanapun menafikan bahawa gambar yang dimuatnaik itu adalah gambarnya. Kata Zul ini semua adalah kerja penggodam yang cuba untuk memalukannya.

“Itu bukan anu saya. Takkan saya nak muat naik gambar kemaluan di sosial media. Ini semua kerja gila ‘hacker’ yang sengaja mahu memalukan dan mensensasikan keadaan”, tegasnya.

Zul turut mengakui beliau terkejut apabila dimaklumkan tentang perkara itu oleh seorang rakan.

“Jujur saya tidak tahu bagaimana untuk respon perkara ini kerana saya tidak tergamak memalukan diri dengan memuat naik gambar kemaluan.

Saya terduduk apabila dihujani panggilan dan mesej daripada rakan-rakan yang terkejut saya berani memuat naik gambar sedemikian.

Agak-agaklah saya nak muat naik gambar anu di IG. Saya seorang yang sangat berhati-hati ketika memuat naik gambar atau meletak kapsyen kerana sosial media ini segala benda pantas menjadi viral kalau ada yang tidak kena.

Saya nak muat naik gambar yang nampak lutut pun saya berhati-hati, inikan pula gambar anu. Saya belum gila nak buat itu semua,” katanya.

Disebabkan kejadian itu, Zul telah membuat laporan kepada Instagram namun beliau enggan membuat laporan polis kerana belum pasti dapat menemui dalang sebenar.

Persoalannya siapakah individu yang sanggup memperdajal Zul Ariffin sedemikian rupa? Bukan biasa-biasa gambar yang dimuatnaik oleh individu itu. Silap haribulan boleh menjejaskan periuk nasi Zul Ariffin.

SURIA harap orang sebegini akan segera ditangkap oleh pihak berkuasa supaya perkara yang sama tidak berlaku kepada selebriti yang lain. Kepada netizen janganlah cepat percaya bahawa gambar yang tersebar itu adalah Zul Ariffin. Kalau dah ‘save’ cepat-cepat ‘delete’ tau!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!