88310

“Sila Duduk Dan Jangan Lari” – Yang di-Pertuan Agong - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hari ini tular di media sosial seluruh negara apabila Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Muhammad V bertitah supaya ahli-ahli berhormat Dewan Rakyat untuk duduk dan tidak lari.

Baginda bertitah sedemikian sewaktu tiba di dalam sesi pertama Dewan Rakyat selepas pembentukan kerajaan baru.

Semalam tular apabila Ahli Dewan Undangan Negeri dari pihak pembangkang keluar dari Dewan Rakyat dan hanya meninggalkan beberapa orang daripada mereka termasuklah Khairy Jamaluddin yang setia duduk di kerusinya.

Ahli-ahli Dewan Rakyat bertindak keluar dewan selepas membantah pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof

Difahamkan, bantahan tersebut kerana notis pemberitahuan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat didakwa tidak mengikut prosedur.

Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong yang meminta supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat tidak lari itu telah mengundang tawa seluruh Ahli Dewan Rakyat. Wajah Baginda juga kelihatan turut ketawa bersama sewaktu mahu duduk di atas kerusi.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!