91657

Sokongan Padu Rakyat Malaysia Buat Harimau Malaya Bangkit - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 pusingan yang pertama dimana menyaksikan Malaysia menentang Vietnam di Stadium nasional Bukit Jalil.

Lebih dari 80, 000 rakat Malaysia telah bersatu hati turun ke stadium demi memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya termasuklah Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad.

Biarpun hujan lebat pada petang hari, namun itu tidak mematahkan semangat penyokong-penyokong pasukan Malaysia untuk meredah hujan dan kesesakan lalu lintas demi menyokong negara tercinta.

Kereta api LRT juga sesak dengan ribuan penyokong yang memilih alternatif mudah untuk pergi ke stadium berikutan kesesakan luar biasa di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil.

Biarpun pada separuh masa pertama Malaysia ketinggalan 2-0 di belakang Vietnam, menerusi jaringan gol daripada Nguyen Huy Hung pada minit ke 22 dan Pham Duc Huy pada menit ke 25, namun tenaga yang disalurkan oleh Ultras Malaya kepada seluruh penyokong Malaysia memang luar biasa.

Ultras Malaya terus terusan memberikan sorakan serta menyanyikan lagu-lagu pembakar semangat sekaligus menaikkan semangat 80, 000 penonton di dalam stadium yang pada mulanya sudah sedikit kecewa dik ledakan gol pasukan Vietnam.

View this post on Instagram

So much respect for @ultrasmalaya.my .

A post shared by Emi Emil (@amy_miyake) on

View this post on Instagram

G O O S E B U M P S! #EkorHarimauMalaya 🇲🇾

A post shared by Emi Emil (@amy_miyake) on

Ngauman keramat daripada seluruh rakyat Malaysia pada malam semalam telah membangkitkan semangat waja harimau malaya yang akhirnya berjaya meledak dua gol penyamaan menerusi hasil jaringan gol daripada Shahrul Saad pada minit ke 36 dan Safawi Rasid pada minit ke 60. Safawi Rasid juga turut diangkat sebagai Man Of The Match pada malam semalam.

Namun ramai peminat pasukan Malaysia yang kecewa dengan sikap pengadil pada perlawanan malam semalam apabila tidak mengendahkan tindakan pemain Vietnam, Do Duy Manh yang telah menumbuk muka kapten pasukan Malaysia, Zaquan Adha.

Perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan meraih kedudukan seri 2 sama. Penentuan siapakah bakal menjulang Piala AFF Suzuki 2018 bakal terjawab pada 15 Disember ini di Hanoi. Ayuh Malaysia, kita teruskan sokongan dan panjatkan doa supaya kemenangan menjadi milik kita!

 

Sumber Foto : Fox Sport, Instagram

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!