84852

Stadium Negara Gamat Gara-Gara Wanna One - Suria FM - Segalanya Hiburan

dsc_3638

Baru-baru ini ribuan peminat kumpulan K-Pop Wanna One membanjiri Stadium Negara di Kuala Lumpur untuk menyaksikan persembahan mereka di sebuah konsert.

Teruja melihat Wanna One membawakan lagu Energetic dan Beautiful, peminat mereka yang dikenali dengan nama Wannable di bahagian Rock Zone kelihatan mula berasak ke depan pentas.

dsc_4709

Keadaan bertambah kecoh selepas kedua-kedua persembahan tersebut, sehinggakan ada peminat yang pengsan dan cedera. Ahli kumpulan Wanna One juga kelihatan risau melihat situasi berkenaan.

Konsert hampir dibatalkan kerana peminat tidak mengikut arahan daripada pihak keselamatan PDRM yang menyuruh mereka berundur dari palang keselamatan. Konsert tersebut tertunda selama sejam setengah bagi mengawal keadaan. Apabila keadaan kembali tenang, peminat-peminat bersorak ‘mianhe! mianhe!’ yang membawa maksud ‘maaf! maaf!’.

dsc_4240

Konsert kembali bermula lebih kurang pada jam 9.45 malam.

dsc_3510

Mereka juga sempat mengadakan sesi ‘One on One’ atau ramah mesra bersama peminat apabila pengacara konsert menemuramah Wanna One secara lebih peribadi di atas pentas dan menerima sorakan kala salah seorang ahlinya iaitu Park Ji Hoon membuat aksi comel yang menjadi tular selepas bergelar selebriti.

Ketika sesi tersebut juga, Wanna One menyatakan kesukaan mereka kepada aiskrim kelapa apabila ditanya apakah makanan yang digemari mereka di Malaysia.

dsc_3384

Antara lagu yang turut dipersembahkan pada malam tersebut adalah Wanna Be (My Baby) dan Always.

Penutup sesi menjadi meriah dan gamat apabila Wanna One mempersembahkan lagu Burn It Up sebagai lagu penutup yang mendapat sorakan serta laungan daripada peminat.

sumbangan : Fatin Nur Sofia

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!