84830

"Suami Dia Yang Telah Memohon Maaf Kepada Saya" – Zulin Aziz - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hujung minggu lalu tiba-tiba penyampai Suria Pagi, Zulin Aziz telah meluahkan rasa kesal di Instagram dan Facebook miliknya apabila telah digelar ‘Perempuan Melayu Sundal’ oleh seorang netizen.

Netizen yang merupakan seorang wanita itu telah memuatnaik status berkenaan bersama artikel yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatan yang bertajuk ‘Zulin Tak Kisah Bermadu’.

Zulin yang kesal dengan tindakan netizen tersebut telah mendedahkan perbuatan wanita berkenaan di laman sosialnya.

Wanita itu malah mengugut untuk memfailkan saman terhadap Zulin kerana telah mendedahkan dirinya kepada umum.

Tidak mahu berdiam diri dan maruahnya dipijak-pijak, Zulin segera mendapatkan nasihat dari peguamnya.

Akhirnya Zulin menggesa satu permohonan maaf dibuat oleh wanita berkenaan dalam tempoh 24 jam atau satu saman fitnah akan dikeluarkan kepadanya.

whatsapp-image-2018-01-15-at-10-51-07

Selepas mengeluarkan amaran berkenaan, wanita tersebut telah memuatnaik status permohonan maaf di akaun Facebook miliknya.

“Alhamdulillah akhirnya satu permohonan maaf telah dibuat secara terbuka dari akaun Facebook individu berkenaan.

Suami wanita berkenaan ada menghantar mesej kepada saya selepas dia terbaca tentang kisah isterinya di sebuah blog gosip tempatan.

Malah suaminya yang merupakan seorang peguam itu sendiri yang menaip permohonan maaf tersebut yang telah saya muatnaik di Instagram saya”, jelas Zulin.

whatsapp-image-2018-01-15-at-10-51-06

Tambah Zulin lagi, dia telah pun memaafkan individu berkenaan dan berharap supaya perkara ini dapat dijadikan pengajaran.

Itulah, lain kali jangan sesuka hati nak kata orang sundal atau apa-apa perkataan kesat sedangkan kita sendiri tidak kenal individu yang kita label itu. Semoga kita semua dapat mengawal jari serta lidah kita dari menyakiti hati orang lain.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!