Minggu lalu kecoh satu Malaysia apabila Dato’ Sri Aliff Syukri (DSAS) dikatakan telah melampaui batas ketika mempromosikan salah satu produk keluarannya di program siaran langsung Gegarvaganza 5.

DSAS dihentam hebat oleh netizen Malaysia termasuklah beberapa selebriti tempatan yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menggelarkan wajah seorang penonton wanita sebagai ‘ugly’ dan kelihatan seperti bomoh.

Mereka juga marah apabila DSAS cuba mengaitkan warna kulit penyanyi berbangsa India iaitu Santesh yang popular dengan lagu Amalina semata-mata mahu mempromosikan porduk pemutih keluaran syarikatnya.

Namun DSAS telah tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara yang sebenar. Katanya wanita yang dijadikan testimoni itu adalah salah seorang daripada ahli kumpulannya yang ditugaskan untuk menjalankan strategi pemasaran pada malam itu.

Beliau turut memuatnaik video penjelasannya serta permohonan maaf bersama dengan wanita berkenaan di Instagram miliknya.

View this post on Instagram

semoga anda yg menilai sendiri dan letakkan diri anda ditempat saya menaja program berjuta mesti lah ada konsep dan dah reffer pada smua.. . . . . . inilah Wanita yg jadi model pada malam tersebut adalah kila yg merupakan team kami yg telah kita beritahu awal utk menjadi testimoni pada malam tersebut….sebab tu kita dah plan dia duduk hujung senang kameraman nak capture……bukan kita main terjah je kamera pun x sempat nak ikut…siapa yg ada di auditorium akan tahu…. . kalau tgk Gv setiap minggu pasti tahu saya akan buat demo dan setiap minggu kami hanya mwnggunakn team kami sendiri dan bukan orang luar….ingat saya berani ke tonyoh muka orang x minta izin……. . Apapun yg khilaf itu dari saya sbb terlepas cakap saya dah pun minta maaf pada malam tersebut dalam slot abg bawang…..tapi kalau mana yg nak terus mengutuk dan menghina silakan…saya x mampu puaskan hati anda semua……begitu juga kes amelina dan santesh pun saya minta maaf kerana niat saya bergurau akhirnya membawa padah dan menyinggung perasaan orang walapun org lain cakap x pula menjadi issue….terima kasih pada sesiapa yg dah kutuk,hina dan sebagainya…….terima kasih juga yg masih memberi semangat….semagat saya berniaga tidak terhenti disebabkan anda yg menghina….. . Nanti ada yg cakap asyik minta maaf je pastu buat lagi…..ni berbayar la apa la silakan sebab anda berhak bg komen….selagi nama manusia mestilah ada salah silap,mungkin orang x nampak je aib kita…… vedio ni saya nmpak happy tapi dalam hati saya hanya ALLAH sahaja yg tahu berapa ribu org menghina dan menhentam saya seolah2 saya penjenayah negara..semoga mereka yg suka jaga tepi kain org dan suka up kan citer saya ni dan mewujudkan perbalahan ini hnya ALLAH YG BALAS malas nak layan org yg kurang kerja ni.. . Saya terima je teguran ni tapi cmm x adil utk saya kenapa setiap kali saya buat sesuatu perlu dikaitkan dgn kekayaan atau duit….kaya x ada adab…..adakah semua orang berduit perlu dikaitkan dgn benda mcm tu……..hatta yg menegur walaupun orang yg terkenal bukan x pernah bertegur sap bukan x pernah bersua tapi takpelah mungkin saya tidak sebijak dan sehebat beliau utk berhujah ttg isu ni…

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Namun masih ada netizen yang tidak mempercayai perkara itu, dan telah membuat spekulasi bahawa DSAS telah membayar wanita berkenaan untuk berbuat demikian.

DSAS telah membalas komen netizen berkenaan dan bersumpah bahawa beliau tidak membayar wanita berkenaan untuk membuat video sedemikian.

Tambah DSAS lagi di bahagian komen netizen, andai beliau menipu pasti bisnes beliau akan ‘bankrupt’.

Nampak perkara ini masih lagi panas dan masih lagi menjadi perdebatan di antara netizen. Ada yang masih marah, dan ada juga yang sudah maafkan keterlanjuran DSAS. Beliau pun telah memohon maaf, semoga perkara ini menjadi pedoman untuk kita semua supaya lebih berhati-hati dalam berkata-kata terutamanya yang melibatkan warna kulit, perkauman dan rupa fizikal.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!