91436

Supermodel Bella Hadid Di Kuala Lumpur - Suria FM - Segalanya Hiburan

Supermodel terkenal dunia iaitu Bella Hadid kini berada di Malaysia.

Bella berada di Kuala Lumpur sebagai wajah wakilan jenama jam tangan terkenal Tag Heuer.

 

Adik kepada Gigi Hadid ini turut membuat penampilan istimewa di butik jam tangan mewah itu di kompleks beli belah The Gardens.

Beliau turut diundang ke acara pertunjukan fesyen Tag Heuer yang diadakan disebelah malam di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Dari gambar-gambar serta video-video yang dimuatnaik oleh peminatnya, kelihatan Bella seorang yang sangat peramah dan mesra melayan peminat-peminat yang tidak henti-henti memanggil namanya.

Wah untung peminat yang dapat bertentang mata dan bergambar dengan supermodel terkenal dunia ni.

 

Sumber Foto : Instagram Glam Lelaki, Eh Malaysia , Lofficiel Malaysia & Harper’s Baazar Singapore

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!