84393

SURIA Berkesempatan Melawat Mangsa & Tempat Terjejas Banjir Di Pulau Pinang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bencana banjir yang menimpa Pulau Pinang benar-benar di luar dugaan kerana negeri di utara semenanjung itu jarang dilanda banjir besar.

Terkesan dengan nasib yang menimpa penduduk Pulau Pinang, SURIA mengambil inisiatif untuk turun padang serta membawa sedikit bantuan untuk meringankan beban mangsa.

Lokasi pertama yang dilawati SURIA ialah pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Muhibbah Kampung Merbau Kudung Sungai Dua yang menempatkan hampir 300 mangsa terjejas.

screen-shot-2017-11-08-at-6-32-19-pmscreen-shot-2017-11-08-at-6-32-35-pm

screen-shot-2017-11-08-at-6-32-05-pm

screen-shot-2017-11-08-at-6-32-47-pm

screen-shot-2017-11-08-at-6-31-48-pm

screen-shot-2017-11-08-at-7-45-34-pm

SURIA turut berkesempatan melihat sendiri kawasan yang terjejas dengan banjir sambil dibantu oleh penduduk tempatan. Hati berasa pilu dan sayu melihat keadaan rumah yang ditenggelami air.

screen-shot-2017-11-08-at-6-50-13-pmscreen-shot-2017-11-08-at-6-49-48-pmscreen-shot-2017-11-08-at-6-49-40-pmscreen-shot-2017-11-08-at-6-48-51-pm

screen-shot-2017-11-08-at-6-49-18-pmscreen-shot-2017-11-08-at-7-38-57-pmscreen-shot-2017-11-08-at-7-38-39-pmscreen-shot-2017-11-08-at-6-50-02-pm

Lokasi seterusnya SURIA ke pusat pemindahan serta bantuan yang terletak di Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Prai. Pada hari yang sama Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dan isteri juga berkesempatan melawat mangsa banjir di sini.

screen-shot-2017-11-08-at-6-57-45-pm

Banyak organisasi bukan kerajaan yang turut menghantar bantuan di sini. Antara bantuan yang dihantar termasuk makanan, air bersih, tilam dan bantal serta beberapa lagi keperluan asas yang lain seperti lampin pakai buang dan sebagainya.

screen-shot-2017-11-08-at-6-58-13-pmscreen-shot-2017-11-08-at-6-58-22-pmscreen-shot-2017-11-08-at-6-58-42-pmscreen-shot-2017-11-08-at-6-57-54-pm

screen-shot-2017-11-08-at-6-58-05-pm

Disini SURIA berkesempatan bertemu dengan salah seorang mangsa yang masih berada dalam keadaan berpantang 28 hari. Mangsa sempat berkongsi detik cemas sewaktu air mula memasuki rumahnya. Namun dia bersyukur kerana sepanjang berada di pusat pemindahan ini dirinya dan bayi dijaga dengan baik. Malah bayinya sedikit pun tidak meragam sepanjang berada disini.

screen-shot-2017-11-08-at-7-04-47-pm

screen-shot-2017-11-08-at-7-08-39-pm

Seorang lagi mangsa disini turut menceritakan bagaimana dia meredah air bah pada jam 2 pagi di dalam gelap bersama anak saudaranya untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

screen-shot-2017-11-08-at-7-05-02-pm

Kebanyakan mangsa yang terjejas disini berpuas hati dengan bantuan makanan yang diberikan. Namun apa yang kebanyakan mereka harapkan ialah bantuan pasca banjir seperti sukarelawan untuk kerja-kerja pembersihan dan juga alatan perkakasan untuk kerja-kerja mencuci.

screen-shot-2017-11-08-at-7-05-15-pm

screen-shot-2017-11-08-at-7-05-25-pm

Seterusnya SURIA bergerak ke lokasi terjejas di bahagian Juru. Di situ kebanyakan rumah yang terjejas adalah rumah yang dibina di kawasan perumahan. Sewaktu SURIA melalui kawasan perumahan disini, hati tersentuh melihat kemusnahan perkakasan rumah yang hampir keseluruhannya rosak ditenggelami air.

screen-shot-2017-11-08-at-7-20-43-pmscreen-shot-2017-11-08-at-7-21-03-pmscreen-shot-2017-11-08-at-7-20-54-pm

SURIA turut singgah ke pusat pemindahan yang terletak di Dewan Serbaguna Perkampungan Juru yang menempatkan lebih daripada 1400 mangsa yang terjejas.

screen-shot-2017-11-08-at-7-25-52-pmscreen-shot-2017-11-08-at-7-33-36-pm

Di sini turut disediakan treler yang merupakan pusat bantuan perubatan bergerak menyerupai sebuah mini klinik untuk mangsa mendapatkan rawatan.

Sebenarnya masih ada kawasan yang terjejas teruk dan masih ditenggelami air antaranya di Tasek Gelugor. Malah untuk ke kawasan ini juga anda perlu menaiki bot untuk masuk ke kawasan terjejas.

SURIA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas khas yang memberi kerjasama serta sokongan kepada pihak SURIA. Begitu juga dengan mangsa-mangsa yang begitu mesra menerima kunjungan SURIA malah ada yang sanggup membawa kami masuk ke kawasan terjejas untuk menunjukkan apa yang sedang berlaku di sana.

screen-shot-2017-11-08-at-7-40-16-pmscreen-shot-2017-11-08-at-7-37-28-pmscreen-shot-2017-11-08-at-7-39-37-pm

Semoga kesemua mangsa dapat meneruskan hidup selepas dilanda ujian dari Tuhan ini dengan tabah. Kepada anda yang ingin menyalurkan bantuan dan sumbangan, apa kata anda bantu ringankan beban mereka dengan menjadi sukarelawan untuk kerja-kerja pembersihan serta menderma alatan mencuci seperti yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir.

Jika ada rezeki, pasti SURIA akan sampai ke sini lagi untuk menghulurkan bantuan. Terima Kasih warga Pulau Pinang.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!