113974

SURIA FM ANJURKAN PERARAKAN ANIMASI VIRTUAL BERSAMA KL SKETCH NATION SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN INI - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64, Suria FM bersama KL Sketch Nation akan menganjurkan Perarakan Merdeka Suria x KL Sketch Nation, sebuah perarakan animasi secara virtual 31 Ogos ini.

Jom tunjukkan cinta dan kebanggaan anda terhadap Malaysia dengan menjadi sebahagian daripada perarakan animasi virtual ini.

 

 

Hantarkan lukisan atau ilustrasi unik karakter mengikut template dan tema patriotik harian yang disediakan di laman web suria.my/perarakanmerdeka2021 untuk merebut peluang memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM4,000 dan hadiah eksklusif daripada Suria FM.

Terdapat sembilan (9) jenis tema yang akan dimuatnaik di laman web suria.my/perarakanmerdeka2021 sebagai rujukan kepada pendengar yang ingin menyertai pertandingan ini dan sehingga 4 Ogos ini, sebanyak empat (4) tema patriotik yang telah dimuatnaik iaitu Olimpik, Patriotik, Adiwira dan Flora.

 

 

Nikmati kemeriahan bersama ahli keluarga dan kawan-kawan dengan menyaksikan ilustrasi anda dan pemenang karakter unik yang lain menjadi salah satu kontinjen yang berarak di dalam Perarakan Merdeka Suria x KLSketchNation pada 31 Ogos ini di semua platform digital Suria dan KL Sketch Nation.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my/perarakanmerdeka2021 atau ikuti media sosial Suria Malaysia dan KL Sketch Nation.

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Unit Komunikasi Korporat SMRG

corpcomm@smrg.my

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!