87918

Syed Saddiq Cipta Sejarah Menteri Termuda Di Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tahniah SURIA ucapkan kepada YB Syed Saddiq di atas perlantikan beliau sebagai Menteri Belia Dan Sukan Malaysia yang baru.

YB Syed Saddiq telah mengangkat sumpah di Istana Negara semalam bagi menerima serta menunaikan tanggungjawab barunya itu.

Dengan perlantikan ini sekaligus menjadikan beliau sebagai menteri termuda dalam sejarah Malaysia di usia baru 26 tahun.

Ramai rakyat yang memberikan ucapan tahniah kepada beliau di atas perlantikan ini dan berharap beliau akan memberikan sesuatu yang baru dalam memajukan belia serta sukan di Malaysia.

Rata-rata anak muda berasa bangga kerana memiliki menteri yang muda dan juga berwajah tampan. Malah YB Syed Saddiq dilihat bakal menjadi suri teladan kepada ramai belia di luar sana.

Tahniah sekali lagi dari SURIA. Semoga YB Syed Saddiq akan mencetuskan satu revolusi baru dalam membentuk belia dan sukan ke arah Malaysia baru.

*Gambar ihsan Instagram GPMS, Syed Saddiq dan Glam Lelaki

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!