91666

Tak Kenal Ikan, Tapi Izubiela Melaram Skirt Kembang Ke Pasar TTDI - Suria FM - Segalanya Hiburan

Lazimnya jika kita pergi ke pasar basah untuk membeli barangan untuk memasak, pasti kita akan pakai pakaian yang seringkas mungkin. Tetapi berlainan dengan wanita yang diberi jolokan gelaran Barbie Malaysia ini.

Izubiela yang pernah tular gara-gara berwajah terlalu putih dan dikatan memakai susuk RM1 juta sekali lagi menjadi bualan netizen apabila kelibat wanita berambung ‘blonde’ ini dilihat berjalan di Pasar Besar Awam TTDI memakai pakaian serba glamor seperti mahu pergi ke majlis anugerah Meletop!.

 

Berdasarkan sedutan video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya iaitu @izubielazaffmarekan wanita itu, kelihatan dia turut disapa beberapa peniaga di pasar berkenaan malah ada yang mahu bergambar bersamanya.

Menurut wanita berusia 29 tahun ini, sudah lama pemilik produk Putih Gebu Dbella ini tidak menjejakkan kakinya ke pasar. Katanya lagi, kalau Che Ta boleh pakai kasut tinggi ke mana-mana, apa salahnya dia melaram sakan pergi ke pasar.

Sudah bertahun tak masuk pasar dan tak pernah sekalipun berkunjung ke Pasar Besar Awam TTDI, walhal rumah saya tidaklah begitu jauh dari tempat ini.

“Jadinya teringin. Sebab selalu beli barang runcit dan basah di supermarket.

“Kenapa saya berpakaian sebegitu, sebenarnya ada urusan lain selepas itu, sekitar pusat membeli-belah berdekatan. Selain ingin melihat reaksi orang ramai bila ke pasar dengan berpakaian glamor seperti itu. Ternyata ramai yang seakan pelik dan tak kurang juga minta untuk bergambar,” katanya.

Walau bagaimanapun, Bella mengakui dia gemar berfesyen dan tidak pernah keluar rumah tanpa mengenakan solekan atau dalam keadaan tidak bersiap.

Sering kali dilihat berimej ala patung Barbie dengan rambut ‘blonde’ serta memakai kanta lekap berwarna biru, ada juga segelintir netizen yang merasakan penampilan Bella agak ‘over’.

Hmmm agak-agak anda ‘over’ tak penampilan Bella ni pergi pasar sambil pakai skirt rekaan pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail? Kalau Che Ta pakai baju rekaan Rizman Ruzaini pergi menonton perlawanan akhir Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, kenapa Bella tak boleh pakai skirt kembang ke pasar kan?

Yang penting guna duit sendiri dan bukan di ‘spedo’ oleh siapa-siapa! Kalau SURIA pakai baju kelawar jer pergi pasar. Seksi gitu!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!