89623

Tiada Lagi Kueh Teow Goreng ‘Aunty Gemuk’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

Berita kematian seorang tukang masak Kueh Teow Goreng yang dikenali sebagai ‘Aunty Gemuk’ telah membuatkan ramai netizen bersedih sehingga tular di media sosial.

‘Aunty Gemuk’ merupakan penaga Kueh Teow Goreng di salah sebuah gerai berdekatan Ibu Pejabat FAM di Kelana Jaya Selangor.

Perginya ‘Aunty Gemuk’ telah membuatkan ramai peminat Kueh Teow Goreng air tangannya berduka cita kerana tidak lagi dapat merasa keenakan masakannya itu.

Selain menyediakan Kueh Teow Goreng yang enak, ‘Aunty Gemuk’ juga dikenali kerana sifatnya yang mesra dan peramah.

Takziah diucapkan kepada keluarga ‘Aunty Gemuk’. Kepada peminat Kueh Teow Goreng ‘Aunty Gemuk’, anda merupakan salah seorang yang bertuah kerana pernah merasa air tangan ‘legend’ ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!