72151

Tindakan Rakyat Malaysia Mahu Najip Ali Disekat Dari Memasuki Malaysia Mendapat Perhatian Beliau - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini Malaysia digemparkan dengan berita tentang pengacara popular Singapura iaitu Najip Ali yang didakwa telah mempersendakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah program yang bersaluran di Singapura baru-baru ini.

maxresdefault

Video itu menjadi tular di media sosial apabila rata-rata netizen di Malaysia beranggapan bahawa tindakan Najip Ali dan stesen Mediacorp 5 itu seperti melampaui batas dan tidak peka tentang isu-isu sebegini.

4678123

Tidak ketinggalan juga, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) juga turut mengecam tindakan pihak terbabit dan memberikan tempoh masa yang singkat untuk mereka tampil bagi memohon maaf secara terbuka terhadap Perdana Menteri.

Pengarah terkenal iaitu Ahmad Idham juga tidak ketinggalan meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Najip Ali apabila beliau telah memuat naik gambar beserta kapsyen berhubung insiden tersebut tetapi walau bagaimanapun gambar itu telah pun dipadamkan.

10

Apa yang difahamkan, Najip Ali dan Mediacorp 5 telah pun tampil bagi memohon maaf atas apa yang berlaku dan berjanji hal seperti ini tidak akan terjadi lagi.

Malah, Mediacorp 5 juga menjelaskan bahawa pihak stesen akan menarik balik siaran ulangan episod tersebut berkuat kuasa serta merta dan Najip Ali juga meluahkan rasa kesalnya dengan apa yang terjadi dan berharap agar Datuk Seri Najib Razak, penonton dan rakan-rakan dapat memaafkan beliau.

Kami di SURIA berharap supaya insiden sebegini juga tidak akan berulang kembali dan kami terima maaf yang dilakukan oleh Mediacorp 5 dan Najip Ali. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Gitchew!

Anda pula bagaimana?

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!