91458

“Tolong Hormat Pilihan Pakaian Atlet Kita” – YB Syed Saddiq - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam kecoh di media sosial apabila Menteri Belia dan Sukan kita iaitu YB Syed Saddiq mengeluarkan kenyataan tentang pemilihan pakaian untuk para atlet di Malaysia.

Menerusi kemaskini di akaun Instagram beliau, YB Syed Saddiq meminta supaya semua pihak menghormati keputusan setiap atlet dalam cara mereka berpakaian ketika beraksi dalam sukan masing-masing.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh YB Syed Saddiq berikutan kerajaan Terengganu mengeluarkan arahan supaya semua atlet Terengganu memakai pakaian yang mematuh syariah bermula tahun hadapan.

Kata YB Syed Saddiq lagi, perkara ini mungkin akan menjejaskan prestasi serta masa depan untuk sukan seperti gimnastik, terjun, dan bina badan.

Kenyataan YB Syed Saddiq itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong malah ada juga yang sebaliknya. Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah perlu ada inovasi terbaru dalam rekaan pakaian sukan yang mengikut syariah? Bagaimana pula dengan penerimaan penganjur temasya sukan berprestij dunia dengan keputusan ini? Sama-sama kita nantikan apakah tindakan selanjutnya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!