85246

Tujuh Hari Menanti Nama Mu, Siti Aafiyah - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-03-26-at-11-22-24-am

Akhirnya terjawab sudah teka teki selama tujuh hari ini nama sebenar puteri sulung penyanyi nombor satu negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Bayi yang sebelum ini dipanggil dengan nama sementara Fatimah Az Zahra diberi nama Siti Aafiyah yang membawa maksud segala kebaikan.

Nama bayi Siti diumumkan sempena majlis Maulid Nabi, Aqiqah serta tahnik sempena tujuh hari kelahiran bayi nombor satu Malaysia itu.

Siti juga sibuk pertama kalinya memuatnaik gambar penuh Siti Aafiyah di Instagramnya yang memakai gaun berwarna hijau muda.

Gambar tersebut telah mendapat hampir 1 juta likes dan puluhan ribu komen.

Difahamkan akaun Instagram rasmi untuk Siti Aafiyah juga sudah dibuka untuk diikuti.

Memang comel betul si pipi merah kesayangan Malaysia ni. Tak puas rasanya menatap wajahnya yang seiras dengan Siti.

Tahniah kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekeluarga dan semoga Siti Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!