72346

Ucapan Bazli UNIC Buat Arwah Anaknya Buat Netizen Tersentuh - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sememangnya kehilangan seseorang dalam hidup tidak mudah untuk dilalui apatah lagi anak sendiri. Begitulah yang dilalui oleh Bazli UNIC yang baru kehilangan anak syurganya yang tersayang, Muhammad Syahid.

Menerusi akaun Instagram milik Bazli beliau telah menulis ucapan panjang lebar tentang arwah anaknya.

screen-shot-2017-06-08-at-11-42-28-am

Dalam ucapan itu Bazli turut menceritakan pengalaman beliau sewaktu detik doktor menyampai khabar berita mengenai anaknya yang sudah meninggal dunia.

Bazli juga turut mengimbas semula kenangan beliau bersama anaknya sewaktu menjaga Syahid di hospital ketika hayatnya masih ada.

Ribuan netizen serta rakan-rakan artis tersentuh sehingga ada yang mengalirkan air mata membaca ucapan Bazli itu.

screen-shot-2017-06-08-at-3-27-18-pm

Mereka turut memberi ucapan semangat kepada Bazli untuk terus kuat menjalani kehidupan selepas pemergian Muhammad Syahid.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!