85242

Ude Harap Netizen Berlaku Adil & Intan Hentikan Berdrama Air Mata - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas sekian lama berdiam diri, akhirnya Ude tampil memberi penjelasan kepada pihak media semalam sewaktu menghadiri proses penceraiaannya bersama bekas isteri Intan Liana di Mahmakah Syariah Gombak Timur.

Ude sewaktu ditemuramah pihak media mendedahkan bahawa sudah lebih dua tahun rumah tangganya bersama Intan dilanda masalah.

screen-shot-2018-03-23-at-12-27-33-pm

” Saya sudah berbincang secara baik dan tidak mahu masalah ini diperbesarkan. Kenapa dia tidak bercakap kebenaran ini? Mungkin memang tak nampak dia membuka aib saya. Tetapi kenyataan dia sendiri telah menjatuhkan saya.

Orang ramai memandang negatif kepada saya dengan menganggap saya suami yang kejam kepada isteri yang naif dan mengabaikan tanggungjawab serta bapa yang tidak bertanggungjawab. Itu tidak sama sekali perkara itu adalah sebaliknya”, jelasnya.

izreen-ude-couple-meletop

Ude juga menyangkal dakwaan yang mengatakan isteri barunya iaitu Izreen Azminda merupakan punca kepada keretakkan rumah tangganya bersama Intan.

Menyedari dirinya sedang dihakimi oleh netizen seluruh negara, Ude memohon supaya netizen berlaku adil kepadanya.

“Mereka bercakap seolah-olah mereka yang tingal serumah dengan saya. Saya lebih mengetahui tentang perihal rumah tangga saya bersama Intan”, ujarnya.

Ude juga memohon supaya Intan hentikan berdrama air mata dan melibatkan anak-anak kerana masyarakat diluar sana sering memandangnya negatif dan menuduh dirinya seorang suami dan bapa yang tidak bertanggungjawab walhal ia sebaliknya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!