85234

Ude Kini Milik Izreen Azminda Sepenuhnya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hari yang paling ditakuti oleh setiap pasangan yang berkahwin iaitu hari jatuhnya talak telah tiba kepada Intan Liana dan Ude.

Ude sah melafazkan talak kepada bekas isterinya Intan Liana Salleh pada jam 9.50 pagi tadi di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

whatsapp-image-2018-03-22-at-11-05-23-am-1

Suasana di mahkamah menjadi pilu dan hiba apabila Intan dilihat menitiskan air mata dan memohon maaf kepada suaminya buat kali terakhir sebelum Ude melafazkan talak kepadanya.

Menurut Ude sewaktu ditemurah pihak media, dia dan Intan sudah mempunyai masalah sejak lebih dari dua tahun lalu. Namun dia enggan mendedahkan punca masalah mereka kerana menyifatkannya sebagai terlalu peribadi.

Ude juga menyangkal dakwaan bahawa isterinya sekarang iaitu pelakon Izreen Azminda sebagai punca keretakan rumahtangganya bersama Intan.

whatsapp-image-2018-03-22-at-11-05-22-am-1

Sementara itu Intan berkata dia reda dengan takdir dan menganggap sampai disini sahaja jodohnya bersama Ude. Intan juga akan memfailkan tuntutan hak-hak yang sepatutnya diterima olehnya selepas diceraikan.

Semoga Intan tabah menghadapi hari-hari yang bakal mendatang. SURIA percaya ada hikmah disebalik semua ini. Bak kata Rozita Che Wan, Allah akan menggantikan jodoh yang lebih baik untuk kita. Kepada Ude dan Izreen semoga kalian bahagia hingga ke Jannah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!