72182

Ultrasound Boleh Memudaratkan Janin Dalam Kandungan? Ini Jawapan Dari Prof Imelda - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setiap pasangan yang sudah berumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap sesuatu hubungan itu.

Percayalah, ayat yang sering diguna pakai oleh doktor iaitu ‘tahniah ye awak mengandung’ pasti akan membuatkan pasangan suami isteri tersenyum lebar dan rasa teruja untuk menyambut ‘orang baru’.

ultrasoundpic3

Baru-baru ini terdapat satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik UiTM yang telah mengelirukan ramai pihak sekali gus membuatkan ibu-ibu mengandung berasa sangat risau untuk menjalani ultrasound untuk melihat perkembangan si comel mereka apabila tajuk yang digunakan dalam artikel tersebut tidak bersesuaian dengan isi kandungannya.

uitm

Walau bagaimanapun pihak UiTM telah tampil bagi memohon maaf atas kesilapan itu dan telah pun memperbetulkan kembali isi kandungan artikel tersebut.

Apa yang difahamkan, kajian itu dilakukan untuk mengenal pasti sama ada terdapat kesan terhadap bayi arnab yang didedah kepada gelombang ultrasound semasa di peringkat perkembangan janin dan bukanlah janin manusia.

1d274907449367-today-woman-ultrasound-141216

Kepada para ibu bapa yang masih berasa was-was tentang dakwaan yang mengatakan gelombang ultrasound boleh memudaratkan kesihatan janin dalam kandungan, jom kita baca penjelasan dari Professor Imelda Balchin berhubung isu ini.

janin_1janin_2janin_3

Kami di SURIA berharap dengan penjelasan diatas dapat melegakan bakal-bakal ibu diluar sana. Apa yang penting, jaga kesihatan baik-baik ye. Jangan terlampau risau sangat sebab nanti takut menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan pula.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!