72361

Video Dato Aliff Syukri Marah Pembantunya Dikecam - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tular di media sosial apabila pengusaha kosmetik terkenal, Dato Aliff Syukri telah memuatnaik beberapa buah video di Instagram serta saluran YouTube miliknya tentang pembantu rumahnya yang dikatakan telah mencuri beberapa barangan mewah milik abang terlajak laris itu.

Dalam video-video berkenaan kelihatan Dato Aliff sedang memarahi pembantunya itu. Dan dalam satu video yang lain pula, kelihatan salah seorang pembantunya sedang merayu-rayu supaya tidak diserahkan kepada pihak polis.

screen-shot-2017-06-15-at-4-01-44-pm

Video-video berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong dengan tindakan Dato Aliff itu, malah ada juga yang mengecam.

unnamed-1unnamed-2

Kata mereka, Dato Aliff tidak seharusnya memuatnaik video-video berkenaan dan membuka aib mereka sebegitu.

Menyedari video-video berkenaan sedang menular di media sosial, wakil dari agensi pembantu rumah berkenaan telah datang bertemu dengan Dato Aliff bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

screen-shot-2017-06-15-at-4-02-52-pm

Dalam video terbaru yang dimuat naik oleh Dato Aliff, beliau telah memberi penjelasan terhadap segala permasalahan yang berlaku.

Katanya masalah yang berlaku adalah salah faham serta pertelingkahan yang terjadi di antara pembantu-pembantu rumahnya.

Tambahnya lagi, kes ini telah pun selesai dan individu yang bertanggungjawab telah pun dikuarantinkan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!