72323

Vin Diesel Puji Bulan Ramadan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon Hollywood yang terkenal dengan francais filem Fast And Furious Vin Diesel dalam sebuah video yang dimuatnaik telah memuji kelebihan bulan Ramadan.

Dalam video yang berdurasi 60 saat itu, Diesel menyatakan bahawa dia berbangga dengan rakannya iaitu French Montana yang menyambut bulan Ramadan. Katanya beliau juga mungkin akan terikut dengan rakannya itu.

screen-shot-2017-05-31-at-11-52-56-am

Diesel juga menjelaskan bahawa konsep bulan Ramadan itu sendiri sangat kuat dan amat sesuai buat sesiapa sahaja untuk merasai sendiri pengalaman yang menuntut disiplin tinggi dalam jangka masa yang lama.

Tambah Diesel lagi, amalan di bulan puasa juga mampu mengecas semula tenaga serta menyembuhkan diri.

Sementara itu French Montana pula berkata beliau akan mencuba mengajak Diesel untuk berpuasa bersamanya di bulan Ramadan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!