
/wp-content/uploads/2017/11/23010843/WhatsApp-Image-2017-08-14-at-10.57.27-PM.jpeg)
Sukan Bola Sepak dan Hoki adalah antara harapan negara untuk memburu pingat emas pada edisi sukan dwi-tahunan ASEAN ini. Apatah lagi dua-dua pasukan ini telah berjaya mencipta sejarah tersendiri sebelum sukan SEA bermula.
Pasukan Bola Sepak Malaysia(B-22) yang dikenali sebagai Harimau Malaya ini telah mengesahkan tempat secara automatik ke pusingan akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China Januari tahun depan.
Buat The Speedy Tigers pula (nama pasukan Hoki Malaysia), skuad ini telah berjaya ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India, selepas menewaskan gergasi Asia, India 3-2, pada suku akhir kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, di London. Pasti ramai yang tidak tahu bahawa pasukan Malaysia kita berada di tangga ke-14 dunia.
Siapakah di antara wajah-wajah atlet yang membawa kejayaan buat dua pasukan ini? Ayuh Suria kongsikan 10 atlet Malaysia Bola Sepak dan Hoki yang turun beraksi di Kuala Lumpur 2017.
Bola Sepak:
1) Matthew Thomas Davies
Pemain yang dilahirkan pada 7 feb 1995 ini berdarah kacukan Australia Malaysia, kini bermain untuk pasukan Pahang. Dilahirkan di Perth Australia, pemain ini pernah tersenarai antara 25 pemain bintang Asia Tenggara oleh FourFourTwo. Dia juga pernah dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015.
Instagram: @matttdavies
2) Muhammad Akhyar Abdul Rashid
Mendapat gelaran Neymar Malaysia kerana kelincahan dan kepantasannya ketika beraksi di padang. Pemain berusia 18tahun ini pernah menjalani latihan di Akademi Cardiff City. Akhyar adalah adik kepada bekas pemain kebangsaan Rafdi. Malaysia telah pun memulakan kempen Kumpulan A menentang Brunei di Stadium Shah Alam semalam.
Instagram: @akhyarrashid
3) Muhammad Irfan Zakaria
Pemain ini pasti berbangga apabila meletakkan pasukannya Kuala lumpur di tangga pertama Liga perdana. Walaupun dia adalah antara tiga pemain yang dipanggil pengendali skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee bagi menggantikan tiga pemain yang mengalami kecederaan, namun itu bukan alasan untuk dia mempamerkan aksi pada Sukan SEA kali ini. Good luck Irfan .
Instagram: @irfannzakaria
4) Muhammad Safawi Rasid
Pemain muda JDT ini antara pemain yang digeruni oleh pihak lawan. Walaupun tidak beraksi pada kelayakan AFC yang lalu,kudratnya menjadi harapan buat skuat Dato Ong Kim Swee . Safawi juga telah disenaraikan antara 20 pemain bintang Asia Tenggara pilihan FourFourTwo untuk masa akan datang bersama pemain dari Thailand, Indonesia, Australia dan negara-negara Asia yang lain.
Instagram: @safawirasid29
5) Muhammad Syafiq Ahmad
Syafiq Ahmad telah menarik perhatian dari media Indonesia dan seluruh penyokong Indonesia ekoran tidak menyebut nama pasukan Indonesia sebagai pasukan tercabar dalam saingan SUKAN SEA 2017. Walaupun dikritik teruk oleh netizen dan peminat bola sepak Indonesia, pemain muda Kedah ini tidak pernah luntur semangatnya. Dilahirkan di Pulau Pinang tetapi membesar di Kedah, Syafiq Ahmad merupakan produk Sekolah Sukan Negeri (SSN) Kedah (SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman). Dia memasuki skuad senior Kedah pada musim 2015 bersama rakan-rakannya Farhan Roslan dan Syazwan Tajudin
Instagram: @syafiq_ahmad
HOKI:
1) Muhammad Izad Hakimi Jamaluddin
Pemain yang dilahirkan pada 2 November 1992 ini bermain untuk Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC). Pemain pertahanan hoki negara ini juga pernah dipilih sebagai penjaga gol bidan terjun jika sesuatu berlaku kepada benteng terakhir, S. Kumar pada sukan Asia Incheon, Korea Selatan. Selain Izad, Malaysia turut memiliki kapten Sukri Mutalib, Razie Rahim, Faiz Helmi Jali, Syed Syafiq Syed Cholan dan Najmi Farizal Jazlan yang boleh beraksi di bahagian pertahanan.
Instagram: @izadhakimi30
2) Joel Samuel Van Huizen
Joel Van Huizen mewarisi bakat dalam hoki darippada datuk serta ayahnya yang juga pernah mewakili negara dalam hoki. Joel mendapat didikan dan bimbingan ayahnya, yang juga jurulatih pasukan kebangsaan. Wajahnya kini menghiasi kempen sebuah jenama minuman dalam mempromosikan Kuala Lumpur 2017. Dia berharap agar dapat mengekalkan pingat emas yang dikutip oleh pasukan hoki pada Sukan SEA-28 yang lalu.
Instagram: @joelvanhuizen92
3) Muhammad Shahril Saabah
Dilahir 28 Mac 1994, pemain kacak ini adalah Penyerang Skuad Projek 2016. Dia pernah mencipta rekod gol terpantas pada Piala Remaja Asia 2015 apabila meledak sewaktu permainan baharu sahaja bermula 19 saat.Ketika itu namanya menjadi sebutan dan mampu menjadi pelapis kepada sukan Hoki Malaysia. Pernah beraksi bersama pasukan Malaysia pada kejohanan Juara Asia pada 2011 di Ordos, 2012 (Doha) dan Malaysia (2016)
Instagram: @shahril_saabah26
4) Muhammad Rashid Baharom
Rashid Baharom melangkah setapak lagi dalam karier apabila menerima lamaran untuk beraksi bersama kelab yang beraksi di Liga Hoki Kebangsaan Jerman, Schwarz Weiss Neuss. Schwarz Weiss Neuss kelab yang baru naik ke divisyen utama Bundesliga selepas muncul juara Divisyen Satu musim lalu. Dia dilahirkan pada 22 March 1992
Instagram: @_rashidz27
5) Faizal Saari
Pada usia 20 tahun pemain ini telah menimba pengalaman bermain di Kelab Forrstville di dalam liga Hoki Australia. Dilahirkan di Terengganu, dia pernah direhatkan selama enam bulan oleh Malaysian Hockey Federation pada tahun 2015, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk menyumbang kepada pasukan hoki negara. Dia kembali dengan azam dan kekuatan baru untuk mengekalkan pingat emas. Untuk rekod, Malaysia pernah memenangi pingat emas sebanyak 15 kali sepanjang Sukan SEA diadakan. Perlawanan pertama peringkat kumpulan melibatkan Malaysia adalah pada 23 Ogos ini menentang Indonesia. Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil.
Instagram: @faizalsaari
Suria mendoakan supaya kesemua atlet Malaysia pulang membawa kejayaan. Marilah kita sama-sama menyokong mereka.
sumbangan @afdalshahizad