72340

Wonder Woman Diharamkan di Lubnan Gara-Gara Gal Gadot - Suria FM - Segalanya Hiburan

Filem srikandi wanita Wonder Woman sedang rancak ditayangkan di pawagam seluruh dunia ketika ini.

mulher-maravilha-1

Namun perkara itu tidak terjadi di negara Lubnan kerana filem itu telah diharamkan tayangannya kerana ia dibintangi Gal Gadot yang merupakan warga Israel.

gal-gadot-miss-universe-israel-2004

Gadot yang pernah menyertai pertandingan Miss Universe mewakili negara Israel juga pernah menyertai pasukan tentera Israel satu ketika dahulu.

gal-gadot-israeli-army-image-for-inuth

Lebih parah apabila, Gadot pernah mengeluarkan kenyataan pada tahun 2014, dimana beliau meluahkan rasa risau serta berdoa akan keselamatan rakyat Israel yang terbabit dengan konflik di Gaza.

5a10284406e4cc6393108fd088a36035-1

Malah Gadot turut mengutuk tentera Hamas dengan mengatakan mereka berlindung disebalik wanita dan kanak-kanak.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!