85720

Zaihani Mohon Maaf, Dedah Siapa Tularkan Status Facebooknya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas isu berat badan menjadi topik perbualan hangat netizen Malaysia, akhirnya tuan punya badan yang memuatnaik status kontroversi itu iaitu Zaihani Mohd Zain telah memohon maaf secara terbuka di Instagram miliknya.

Zaihani telah memuatnaik permohonan maaf secara terbuka itu dengan menjelaskan niat sebenarnya memuatnaik status kontroversi di Facebooknya.

Kata Zaihani, bukan niatnya untuk menghina bentuk badan sesiapa tetapi statusnya di Facebook itu adalah luahan hatinya atas apa yang berlaku kepadanya sewaktu menghadiri pertunjukan fesyen tempoh hari.

screen-shot-2018-04-19-at-12-21-00-pm

Tambah Zaihani lagi, dia tidak akan dapat meneruskan kerjayanya sebagai penata gaya selama 30 tahun jika benar dirinya mempunyai sikap menghakimi seseorang.

Dalam ruangan komen balasnya bersama pengikut, Zaihani turut meluahkan kekesalannya terhadap salah seorang rakannya di Facebook kerana telah menularkan status luahan hatinya.

screen-shot-2018-04-19-at-12-18-24-pm

screen-shot-2018-04-19-at-12-18-37-pm

Kepada netizen semua, Zaihani telah pun memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya. Janganlah kita terus mengecam dan membuat dosa yang sia-sia. Semoga kita jadikan isu ini sebagai iktibar bersama.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!