72890

Zara Zya Dikecam Peminat K-Pop - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

whatsapp-image-2017-12-29-at-3-06-35-pm-1

Netizen Malaysia memang juara kalau soal mengecam dan menghina artis di laman media sosial.

Artis terbaru yang menerima kecaman para netizen adalah pelakon jelita Zara Zya.

Menurut laporan yang kami temui di mStar Online, Zara menerima cacian gara-gara pertanyaan secara terbuka berkaitan keistimewaan artis K-pop di laman Instagramnya.

Zara, 32, berkata, pertanyaan yang diajukan beberapa hari lalu itu hanya menerima cacian dan komen negatif netizen yang berasa kurang senang.

“Soalan saya apa istimewanya kpop? jawapan yang saya dapat adalah caci maki dan sumpah seranah.

“Tak sangka sensitif sangat. Kenapa sensitif sangat sehingga ada yang melibatkan agama?” tulisnya pada Khamis.

Status pertanyaan yang dimuat naik pada Selasa lalu menerima lebih seribu komen yang rata-rata menganggap pelakon berkenaan cuba menghina artis kesayangan mereka.

whatsapp-image-2017-12-29-at-3-06-35-pm

Dalam pada itu, Zara berkata, dia membuat pertanyaan secara umum itu sekadar ingin mengetahui punca artis dan drama dari Korea Selatan mendapat perhatian ramai terutama golongan remaja.

“Saya bertanya kerana saya tidak faham” ujarnya.

sumber : mStar Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!