72295

Zed Zaidi Tepis Dakwaan Tidak Menjalankan Tanggungjawab tentang Isu TN50 - Suria FM - Segalanya Hiburan

screen-shot-2017-05-20-at-11-43-27-pm

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi telah menepis dakwaan bahawa beliau tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya terhadap isu tampar-menampar yang berlaku di antara Mejar David Teo dan Mat Over pada majlis Transformasi Nasional 2050 (TN50) baru-baru ini.

Menurut Zed, tiada apa yang perlu dipanjangkan lagi kerana selepas isu tampar-menampar itu berlaku, kesemua selebriti yang terlibat termasuklah Datuk Rosyam Nor telah bersalaman antara satu sama lain di hadapan Perdana Menteri.

“Semuanya diselesaikan sewaktu kejadian itu juga, dan mereka sudah meminta maaf di antara satu sama lain. Semuanya ‘happy ending’ , orang yang tidak datang memanglah tidak nampak,” jelasnya.

Zed turut menceritakan bahawa sewaktu kejadian, beliau duduk di belakang dan menenangkan Mat Over dan Mejar David Teo.

“Saya sejukkan hati Mat Over dengan beri dia minum air sirap banyak-banyak, lepas tu saya pergi jumpa David yang ketika itu di tandas dan minta dia bersabar.

David cara dia bercakap memang begitu, namun orang luar yang tidak rapat dengannya tidak tahu cara dia, ” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Zed turut meminta kepada mana-mana penggiat seni yang tidak hadir pada malam itu agar tidak memberi sebarang pandangan yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Tambahnya lagi, mereka tidak perlu menulis pandangan di media sosial berdasarkan video yang tersebar semata-mata.

“Saya minta artis yang tidak datang jangan komen sebab mereka tidak berada di tempat kejadian serta tidak tahu situasi sebenar yang berlaku.”

Zed juga menjawab pertanyaan netizen serta segelintir artis yang mempersoalkan kredibiliti Seniman yang sebelum ini dilihat begitu lantang bersuara apabila sesuatu perkara yang melibatkan penggiat seni berlaku.

“Saya tahu buat kerja saya, orang tak nampak apa saya lakukan pada malam itu. Saya pelik juga bila saya bising orang marah, bila saya sudah selesaikan senyap-senyap ada pula yang mahu mendengar saya bersuara,” ujarnya lagi.

Zed juga berharap agar insiden yang berlaku dapat menjadi iktibar kepada semua penggiat seni pada masa akan datang.

Sumber : Mstar Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!